IQNA

Petua tentang Ahli hidayah

8:52 - November 30, 2022
Berita ID: 3101877
TEHRAN (IQNA) - Ahli hidayah ialah Orang yang mendapat petunjuk dan dapat menunjukkan kebenaran kepada orang lain juga; iaitu orang yang tidak sesat dan berhati-hati untuk tidak menutup kebenaran dan tidak terjebak dalam menghalangi orang lain untuk memahami kebenaran. Orang seperti itu akan diberkati oleh Allah dan akan menjadi ahli hidayah atau pemilik petunjuk jalan kebenaran.

Laporan IQNA; Ayatullah Syed Rahim Tawakuli, profesor hauzah ilmiah, semasa pelajaran etika, menyatakan beberapa perkara tentang bimbingan - petunjuk dan ciri-ciri ahli hidayah yang akan anda baca di bawah:

Tuhan yang maha pengasih adalah pemilik dan penguasa seluruh alam dan berkuasa atas segala-galanya, segala pujian dan sanjungan akan kembali kepada zat fitrah-Nya yang suci dan Dia berkuasa atas segala-galanya dan mengetahui dalaman manusia.

Terdapat banyak ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa Allah lebih dekat kepada hamba-Nya daripada urat leher dan mengetahui rahsia hati, dan dalam penjelasan ayat:

خَتَمَ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَةٌ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

"(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar." (Qs, Al-Baqarah 2:7).

Ahli Taqwa bermaksud orang-orang yang telah mendapat petunjuk Allah yang mereka memiliki sifat berpantang dari menentang petunjuk Allah SWT, dan dinyatakan dalam ayat-ayat Al-Quran bahawa orang-orang tersebut adalah juga sebagai ahli zikir - sentiasa mengingat Allah dan orang yang mengingati, memberi perhatian dan berwaspada dari bertindak dosa. Ini adalah orang-orang yang sifatnya segera menjawab soalan tentang alam semesta dan menerima jawapan itu dan dipanggil orang yang beriman.

Allah menggelarkan orang-orang ini sebagai orang yang mendapat petunjuk kerana ketakwaan mereka.

Sudah tentu ketakwaan ini berlaku dalam semua peringkat petunjuk, iaitu selepas peringkat pertama, ketakwaan mereka menjadikan mereka menuju iman kepada kebenaran. Selepas peringkat ini, dalam darjat apa pun mereka naik, jika mereka terus bertakwa, ketakwaan akan membawa mereka kepada kemajuan dan membimbing kepada wawasan yang lebih luas. Ini adalah golongan pertama kumpulan manusia iaitu golongan orang-orang yang bertakwa yang disebut ahli hidayah.

Sebaliknya golongan kedua manusia ialah mereka yang berkeras dengan kejahilan. Jika iman baru ini bertemu dengan dorongan naluri jasmani mereka dan iman diletakkan di arah yang bertentangan dengan dorongan ini, mereka akan menyerah kepada dorongan jasmani mereka sendiri, dan menolak iman. Orang seperti itu sedang berdiri di hadapan petunjuk dan akan mengikuti jalan yang berbeza - ke arah lain.

captcha