IQNA

Ciri-ciri identiti Islam trans-etnik dalam Al-Quran

9:36 - December 06, 2022
Berita ID: 3101911
TEHRAN (IQNA) - Islam mempunyai aspek trans-etnik; berbilang kaum, suku-bangsa dan kewarganegaraan; etnik dan perkauman tidak mempunyai nilai istimewa untuknya, dan Islam melihat semua kumpulan etnik secara sama rata, dan semua memiliki keistimewaan tersendiri sebagai ciptaan Allah SWT yang berguna untuk saling kenal-mengenal.

Laporan IQNA; Hujjat-ul-Islam wal-Muslimin Mehdi Omedi membuat ucapan pada mesyuarat "Islam dan Nasionalisme", petikan yang boleh anda baca di bawah;

Nasionalisme terikat dengan konsep kehendak awam, dan kehendak awam diwujudkan di mana terdapat kepentingan kolektif di kalangan mereka. Kemerdekaan negara, identiti kebangsaan, kesedaran semangat kolektif, persempadanan rakyat antara mereka dan orang lain adalah beberapa ciri nasionalisme.

Tetapi pandangan Islam adalah pandangan kritis terhadap nasionalisme. Nasionalisme timbul dalam bentuk wujudnya perasaan atau hati nurani yang sama dan kesedaran kolektif di kalangan sesetengah orang. Tetapi untuk membentuk negara bukan sahaja faktor emosi, tetapi juga faktor objektif seperti bahasa dan bangsa.

Islam mengutuk perpecahan manusia atas dasar tanah dan darah, yang tidak boleh dimonopoli. Jika manusia sepatutnya berinteraksi antara satu sama lain, sempadan geografi hanya memberi identiti dan mengenali antara satu sama lain, seperti yang kita baca dalam Al-Quran.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)." (Qs, Al-Hujuraat 49:13).

Jika manusia menjadi kumpulan yang berbeza, ini adalah untuk mengenali antara satu sama lain dan berinteraksi antara satu sama lain.

Rightisme (berpihak kepada kebenaran nilai) mendahului nasionalisme
Dalam Islam, sempadan geografi, kewarganegaraan dan etnik tidak pernah menjadi kriteria nilai, tetapi yang sah nilai ialah takwa, akidah, iman dan integririti amal soleh.

Dari sudut pandang Al-Quran, kaum dan kabilah, dengan keadaan yang saling berbeza, adalah sama seperti keadaan keluarga. Sebagaimana keluarga adalah berbeza, begitu juga suku dan negara juga mempunyai keadaan yang saling berbeza, tetapi yang perlu diperhatikan dan diingatkan adalah apakah tujuan pembezaan natural ciptaan ini?

Matlamatnya adalah agar manusia dapat berinteraksi antara satu sama lain, mengimbangi kekurangan masing-masing dan membentuk tamadun yang lebih besar walaupun terdapat perbezaan yang mereka dapati dari segi adat-istiadat perkaumannya atau latar belakang budaya, cita rasa makan, minum keluarga dan bangsanya saling berbeza.

Islam sentiasa mementingkan solidariti dan kesetiaan dalam hubungan dengan masyarakat dan menganggapnya sebagai syarat untuk kelangsungan masyarakat, oleh itu Islam tetap mengutamakan Rightisme daripada nasionalisme serapan negatif.

Dalam masyarakat Arab jahiliah, kebiasaannya mempunyai slogan: "kamu harus membela saudara sesama kamu, sama ada mereka ditindas (mazlum) atau penindas (zalim)" - (ini contoh nasionalisme serapan negatif).

Tetapi Islam mengubah slogan ini dan menekankan bahawa anda harus membantu orang yang ditindas (kamu wajib menolong mazlum dan menolak penzalim).

Sekalipun penzalim itu adalah rakan senegara anda bahkan sekalipun ibubapa dan anak kamu sendiri, apabila dia melakukan ketidakadilan, anda tidak sepatutnya membantunya. Inilah pandangan Islam tentang perpaduan dan solideriti lintas sempadan negara, bangsa, etnik bahkan keluarga.

Satu lagi komponen nasionalisme ialah autonomi dan kemerdekaan yang boleh dipuji dengan syarat tidak menimbulkan perpecahan di kalangan umat Islam. Jika ia menyebabkan perpecahan, pandangan seperti itu tidak diterima dalam Islam.

Perkara seterusnya yang perlu kita pertimbangkan ialah politik identiti sebagai salah satu komponen nasionalisme. Dari sudut pandangan Islam, jika identiti nasional bertentangan dengan nilai-nilai ketuhanan, ia tidak boleh diterima dalam apa cara sekalipun kerana Islam menyuruh mengikuti kerja berdasarkan kebenaran dan profesionaliti kebenaran kerja.

Satu lagi komponen nasionalisme ialah kepunyaan unit politik atau istilah sekarang parti-partian. Apakah pandangan Islam terhadap komponen ini? Kerana Islam itu sendiri mempunyai aspek trans-etnik, dan kewarganegaraan dan etnik tidak mempunyai nilai untuknya, dan Islam memandang semua kumpulan etnik dengan pandangan yang sama, maka unit politik boleh diterima sebagai alat, tidak lebih dari sebuah alat yang bertujuan selaraskan keperluan bersama masyarakat insan.

Dalam Al-Quran, tidak ada istilah panggilan; «ایها العرب» Ayyuhal Arab -"Wahai orang Arab" atau «ایها العجم»  Ayyuhal Ajam - "Wahau bukan Arab" tidak pernah disebut, tetapi alamatnya ditujukan berdasarkan iman, dan semua orang beriman di seluruh dunia adalah berhak sebagai penerima dan penyambut seruan Al-Quran - يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا - يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمُ - Wahai manusia...! - Wahai orang-orang yang beriman...!

Berdasarkan perkara ini, jika hendak menyatakan sudut pandangan Islam, kita mesti mengatakan bahawa nasionalisme ada dua jenis; Nasionalisme positif dan nasionalisme negatif. Nasionalisme negatif ialah sejenis kecenderungan terhadap aspek etnik dan kaum yang memisahkan manusia, dan tentu secara rasional nasionalisme semacam ini layak ditolak.

Nasionalisme positif ialah nasionalisme yang di dalamnya ada solidariti, ada kebajikan sesama manusia, ada kehidupan bersama, tetapi tidak ada prejudis khusus terhadap bahasa dan bangsa, dengan cara yang menyebabkan anti-imigresen - anti hijrah sebagai hak asasi kehidupan manusia di bumi Tuhan, apalagi cara apartheid tentu ditolak oleh Islam.

*Apartheid (arti dari bahasa Afrikaans: apart memisah, heid sistem atau hukum) adalah sistem pemisahan ras yang diterapkan oleh pemerintah kulit putih di Afrika Selatan dari sekitar awal abad ke-20 hingga tahun 1990 dan juga rejim zionis Israel menerapkannya di pendudukan di Palestin.

captcha