IQNA

Perincian Festival Seni Al-Quran Sedunia Malaysia telah diumumkan

7:50 - January 12, 2023
Berita ID: 3102073
TEHRAN (IQNA) - Penganjur Festival Seni Al-Quran Antarabangsa Restu telah menerbitkan lebih banyak butiran mengenai acara Al-Quran ini, yang dijadualkan akan diadakan di Malaysia dari 20 hingga 29 hari bulan Januari ini.

Laporan IQNA; Festival ini dianjurkan atas usaha beberapa institusi Malaysia termasuk Yayasan Restu dengan kerjasama perundingan kebudayaan Iran di negara ini dan bantuan Pertubuhan Kebudayaan dan Komunikasi Islam.

Festival Seni Al-Quran Antarabangsa Restu akan diadakan di Pusat Penerbitan Al-Quran Putrajaya dan orang ramai boleh mengunjungi acara ini pada hari bekerja antara 9 pagi dan 6 petang dan pada hujung minggu antara 9 pagi dan 9 malam.

Mengikut program yang disediakan penganjur; pengunjung berpeluang melawat bahagian pameran yang berbeza dan berinteraksi dengan usahawan dalam bidang produk Islam dan Al-Quran pada masa yang sama.

Antara matlamat acara ini ialah pengenalan usaha menjaga Al-Quran, memuliakan syiar Islam, mengajak masyarakat Islam mempelajari ajaran dan ulama, menggunakan teknologi baharu sebagai media yang berkesan dalam bidang dakwah agama, dan cuba memulihkan identiti sebenar masyarakat Umat Islam.

Satu lagi matlamat festival ini adalah untuk membiasakan orang ramai dengan aktiviti Pusat Penerbitan Al-Quran Putrajaya. Pusat ini dikenali sebagai pusat percetakan Al-Quran terbesar di dunia selepas Majmak Al-Quran "Raja Fahd" di Madinah.

Pusat ini terletak berhampiran Kuala Lumpur dan merupakan salah satu tarikan pelancong bagi mereka yang meminati seni Al-Quran dan ajaran Al-Quran.

Perayaan 10 hari ini mempunyai bahagian pameran yang berbeza; termasuk pameran artifak kuno berkaitan Rasulullah (SAW) dan para sahabat, pameran tirai Kaabah, pameran produk Yayasan Restu dan pameran kitab Sirah terbesar di dunia.

Pelbagai acara telah dirancang dalam festival antarabangsa ini, antaranya lelongan karya seni, pasaran produk halal, festival animasi dan aktiviti khas untuk kanak-kanak seperti mewarna dll, disamping itu, pelanggan boleh melawat koleksi percetakan Al-Quran dan proses berkaitan dan menghantar buku-buku Al-Quran dan Islam yang lama dan usang kepada jabatan berkaitan untuk dimusnahkan. Dan Beberapa bengkel seni, kursus pendidikan dan pertandingan juga akan diadakan sepanjang festival ini.

*Maa sya Allah, sungguh berbaloi datang berkunjungnya!

4113620

captcha