IQNA

Sempena 10 hari fajar kemenangan revolusi Islam Iran ke-44 tahun

Ziarah pemimpin Revolusi Islam di makam Imam Khumeini (ra) dan di taman suci Syuhada

9:21 - February 01, 2023
Berita ID: 3102168
TEHRAN (IQNA) - Menjelang 10 fajar dan ulang tahun ke-44 kemenangan gemilang Revolusi Islam, Ayatullah Khamenei menghormati ingatan pengasas Republik Islam Iran dengan menghadiri makam Imam Khumeini (ra) subuh semalam.

Laporan IQNA, memetik pangkalan maklumat pejabat Pemimpin Tertinggi, menjelang hari-hari 10 Fajar dan ulang tahun ke-44 kemenangan gemilang Revolusi Islam, Ayatullah Khamenei (hf), Pemimpin Tertinggi Revolusi, menghadiri makam Imam Khumeini (ra) pagi semalam (Selasa) sebagai menghormati ingatan pengasas Republik Islam Iran.

Pemimpin Revolusi Islam kemudian menziarahi kubur para syuhada pada peristiwa 7 Julai dan para syuhada letupan pejabat perdana menteri pada tahun 1360HS.

Ayatullah Khamenei (hafizdahullah) turut menziarahi kuburan syuhada pertahanan keselamatan negara republik Islam Iran; Arman Alivardi (آرمان علی‌وردی) dan beberapa syuhada yang mempertahankan maqam suci para Imam maksum Islam (as), syuhada tanpa nama dan syuhada pertahanan kesihatan - yang meninggal semasa wabak covid-19.

4118514

captcha