IQNA

Punca masalah masyarakat Islam ialah penyembunyian kebenaran

16:57 - April 25, 2023
Berita ID: 3102500
TEHRAN (IQNA) - Segala perbezaan yang timbul dalam masyarakat berakar umbi dalam penyembunyian hak; Sudah tentu, sesetengah orang melakukan beberapa siri tindakan dengan sengaja, tetapi sesetengah orang benar-benar menentangi kebenaran secara tidak sengaja; kerana kejahilan dan kekurangan penjelasan yang betul tentang sesuatu isu yang benar.

Ayatullah Muhsen Faqihi (آیة الله محسن فقیهی), guru kursus darsul-kharij hawzah ilmiah, pada 24 April, dalam perbincangan tafsir Surah Al-Baqarah, beliau mengulas ayat 176, petikan yang boleh anda baca di bawah:

ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ نَزَّلَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ وَإِنَّ الَّذِينَ اخْتَلَفُوا فِي الْكِتَابِ لَفِي شِقَاقٍ بَعِي

"(Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih padanya); dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai (kebenaran) kitab, itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (dari mendapat petunjuk hidayah Allah)." (Qs, Al-Baqarah 2:176).

Menyembunyikan kebenaran adalah termasuk dosa besar yang dilarang oleh Al-Quran, dan Al-Quran merujuk kepada mereka yang melakukannya akan mendapat azab yang pedih. Kenyataan ini berlaku dalam masyarakat yang membawa kesan buruk kepada masyarakat, Allah mengutuk orang-orang yang sengaja menyembunyikan kebenaran;

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا أُولَئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya."(Qs, Al-Baqarah 2:174).

Kebenaran bermakna penerimaan semua ajaran Al-Quran
Jika sesetengah orang tidak memahami kebenaran dan mengingkari prinsipnya, atau tidak menerimanya, atau menerima sebahagian daripada ajarannya dan tidak menerima sebahagian yang lain, itu adalah kerana mereka tidak menganggap Al-Quran sebagai standard agama Islam.

Salah satu muslihat sebahagian manusia terutama orang munafik ialah mencampur adukkan kebenaran dan kebatilan untuk mempengaruhi manusia, kerana jika mereka hanya bercakap dusta, ramai orang akan menolaknya dengan mudah, tetapi apabila dusta bercampur dengan ucapan benar, kebenaran dan kebatilan bercampur menjadi sukar untuk dikenali dan tidak mudah untuk ditolak atau diterima, dengan demikian berakibat tidak ada penentuan struktur ideologi masyarakat - masyarakat terjerat dalam kesesatan - itulah yang dikehendaki oleh orang munafik.

Oleh itu, seseorang pencari kebenaran adalah ia yang menerima semua ayat Al-Quran, kerana ada yang mengatakan bahawa kita menerima ayat tertentu dan tidak menerima ayat lain, tetapi kebenaran perlu diterima dan tidak boleh disembunyikan; apabila seseorang menerima semua ayat itu secara berdampingan dan dipertimbangkan bersama secara bersebelahan.

Tidak boleh dikatakan; saya menerima belas kasihan antara sesama muslim (merujuk ayat Al-Quran - رحماء بینهم - ruhamaau bainahum) - tetapi saya tidak menerima - اشداء علی الکفار - Asyiddaau alal kufaar -bertegas atas orang kafir, atau saya menerima rahmat dan belas kasihan Allah dan Rasul-Nya, tetapi apa sahaja dosa yang saya buat tiada azab di akhirat mahupun di dunia - Saya hanya menerima belas kasihan Allah, tetapi kemarahan-Nya - kuasa azab Tuhan, saya tidak bersetuju.

*Firman Allah :

مُحَمَّدٌ رَسولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذينَ مَعَهُ أَشِدّاءُ عَلَى الكُفّارِ رُحَماءُ بَينَهُم ۖ

"Muhammad (SAW) adalah utusan Tuhan; Dan orang-orang yang bersamanya adalah bertegas terhadap orang-orang kafir, dan berbelas kasih sesama mukmin mereka". (Qs, Fatah :29).

captcha