IQNA

Penjelasan pertandingan Al-Quran antarabangsa Iran + video

16:09 - February 09, 2024
Berita ID: 3103886
IQNA - Butiran Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran edisi ke-40 akan dijelaskan pada Selasa minggu depan semasa sidang media.

Laporan IQNA; Satu sidang media memperincikan Butiran Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran edisi ke-40 yang akan diadakan pada hari Selasa, 16 Februari, dengan kehadiran Hamid Majidimehr «حمید مجیدی‌مهر», ketua penganjuran pertandingan ini.

Pertandingan Al-Quran Antarabangsa Republik Islam Iran edisi ke-40 akan bermula pada 16 Februari di dewan sidang kemuncak negara-negara Islam semasa satu majlis dan akan berterusan sehingga 2 Mac.

Selain itu, apabila acara antarabangsa ini semakin hampir, teaser kejohanan ini telah dikeluarkan, motonya ialah "Satu buku, satu ummah, buku Pertahanan", bhs.Farsi «یک کتاب، یک امت، کتاب مقاومت» "yek kitab, yek umat, kitab-e muqawimat". 

Dalam teaser ini juga dipaparkan segitiga atau anak panah merah yang menjadi lambang penentangan terhadap rejim Zionis dan tafsiran perjuangan pertahanan Palestin dan rakyat Gaza yang tertindas dan yang gigih bertahan, sebagai Tanda yang digunakan dalam filem-filem perjuangan Palestin yang diterbitkan, apabila tentera Zionis atau peralatan perangnya disasarkan, ditandakan anak panah merah di atasnya.

4198795

captcha