IQNA

Peranan wanita dalam keluarga dengan melihat kehidupan Fatimah azZahra (ra)

14:58 - January 03, 2023
Berita ID: 3102025
TEHRAN (IQNA) - Keluarga adalah salah satu bahagian terpenting dalam masyarakat. Kesihatan keluarga dan kesihatan masyarakat mempunyai kaitan yang langsung dan mendalam, sebab itu banyak masyarakat cuba menuju ke arah masyarakat yang sihat dan aktif dengan memberi perhatian kepada keluarga, di mana peranan terpenting diberikan kepada wanita.

Laporan IQNA; Seorang muslimah memilih pakaian dan tudung yang sesuai mengikut kesucian dan kesopanannya, sebagaimana disebutkan dalam hadis, ketika Fatimah Zahra (as) keluar, beliau memakai «خمار» Khimar " Selendang labuh yang menutupi seluruh badan" iaitu selendang Arab yang panjang atau "Jilbab", dengan kata lain, hijab adalah prinsip mutlak bagi Fatimah azZahra (as). Dalam keadaan ini, apabila mereka ingin bercakap dalam perhimpunan di mana lelaki hadir, mereka memerintahkan supaya dipasang tirai antara tempat wanita duduk dan tempat lelaki itu duduk.

Menyertakan penjagaan terhadap syariat dalam kesusahan dan kesenangan adalah salah satu pelajaran besar dalam kehidupan Fatimah azZahra (as).

Satu lagi perkara yang diingatkan oleh kehidupan Fatimah (as) ialah kepentingan status keluarga dan kejujuran terhadap ahli keluarga. Pada hari-hari terakhir kehidupan beliau (as), berkata kepada suaminya, Imam Ali (as): "Sejak hari saya menjadi isteri awak, saya tidak pernah berbohong kepada awak walau sekali pun, saya tidak pernah berselisih faham dengan awak walau sekali pun". Imam Ali (as) juga membenarkan kata-katanya.

Salah satu aspek teladan dalam kehidupan Hazrat Zahra (as) adalah peranan yang dimainkannya sebagai seorang isteri dalam kehidupan Amirul Mukminin (as) dan sebagai seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya. Fatimah (as) bagi Imam Ali (as) adalah contoh dari apa yang disebutkan dalam ayat yang mulia:

من آیاته أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya". (Qs, Ar-Ruum 30:21).

Dalam ayat ini ditegaskan bahawa lelaki mencari ketenangan yang sebenar dengan isteri dan Allah yang meletakkan kasih dan sayang antara suami isteri. Cinta yang kelihatan dan dizahirkan, dan Fatimah (as) adalah contoh kedamaian dan kasih sayang yang disebutkan dalam ayat tersebut.

Cinta Fatimah kepada Ali mempunyai warna ketuhanan. Fatimah (as) melihat Ali (as) sebagai anugerah daripada Tuhan, dan Ali (as) juga menganggap Fatimah (as) sebagai anugerah nikmat Tuhan dan melihatnya sebagai rahmat daripadaNya. Sebab itulah Ali tentram damai dengan Fatimah dan Fatimah tentram damai dengan Ali (as).

captcha