IQNA

Bahagian 1:

Hukum hijab dan pakaian menurut Islam

12:03 - April 23, 2023
Berita ID: 3102485
TEHRAN (IQNA) - Prinsip dan perundangan hijab adalah berkaitan dengan peraturan khusus untuk wanita dan lelaki; pergantungannya berdasarkan perbezaan semula jadi struktur jantina atau kelamin antara lelaki dan wanita. Orang Barat tidak mempunyai analisis yang betul tentang hijab dan budayanya, kerana mereka menganggap prinsip; tidak mempedulikan jantina dalam pembahagian kerja sebagai pusat tamadun dan faktor kemajuan; Oleh itu, mereka telah membuat wanita teragak-agak antara memilih berpaksikan kemanusiaan yang menjaga ifat - maruah moral dalam persekitaran kerja, atau berpusatkan lelaki dan sebagai alat menarik untuk menggembirakan komersial mereka - urusan perniagaan dan kepentingan nilai ekonomi para peniaga, dan akibatnya, ia telah membawa kepada keterjerumusan kepada kes jenayah seksual dan gaya hidup yang tidak mengambil kira nilai kehormatan wanita dan integriti kemanusiaan lelaki atau sebab pemisahan mereka daripada nilai moral dan budaya keislaman.

Hijab dan pakaian Islam; Perkataan hijab - حجاب dan derivatifnya diulang tujuh kali dalam Al-Quran, dan dalam semua kes, ia bermaksud tabir dan penghalang. Al-Quran berkata:

فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ۚ

"Jika kamu meminta sesuatu kepada isteri-isteri Nabi, mintalah dari belakang tabir". (Qs, Al-Ahzab: 33: 53).

Hijab digunakan dalam pelbagai makna dari segi perkataan:

1. Langsir, khemah, jubah, tudung, apa sahaja untuk menutupi sesuatu - (Kamus bahasa Arab Almunjid).

2. Penghalang antara jantung dan perut.

3. Tenggelamnya matahari dalam gelap juga diertikan sebagai berhijab.

Penggunaan perkataan (hijab) berkenaan pakaian wanita boleh dikata istilah baharu, sebab dalam kitab fiqh para fuqaha / ulama mujtahid Islam telah menggunakan perkataan (ستر) penutup - "satr" yang terbahagi kepada dua makna:

1. Bermakna penutupan wajib fitri; Menutup bahagian yang wajib secara fitrah (sebelum ada keputusan wajib secara pengajaran perundang-undangan syariah agama); menutup kemaluan qubul dan dubur dari pandangan orang lain; lelaki dan perempuan lain, kecuali antara suami-isteri; Peristiwa melungsur turun - pakaian syurga - pakaian fitrah - semula jadi ibubapa manusia - hazrat Adam dan Hawa, apabila sahaja melanggar nasihat Tuhan - memakan buah terlarang yang berakibat pakaian syurga mereka melorot jatuh dari badan keduanya dan serta-merta keduanya mengambil daun-daun untuk segera menutupkan aurat kemaluan mereka, ini menunjukkan penutupan aurat kemaluan sebagai sunnatullah yang disetkan dalam minda insan - berupa rasa malu; Al-Quran merekod data peristiwa sejarah hijab ini sejak zaman manusia pertama yang Tuhan cipta;

فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ ۚ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ ۖ وَنَادَاهُمَا رَبُّهُمَا أَلَمْ أَنْهَكُمَا عَنْ تِلْكُمَا الشَّجَرَةِ وَأَقُلْ لَكُمَا إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمَا عَدُوٌّ مُبِينٌ

"Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?" (Qs, Al-A'raaf 7:22).

2. Bermakna penutupan wajib syariah Islam; seperti bertudung atau berhijab ketika solat; Wajib bagi wanita dan lelaki untuk menutup bahagian tubuh yang telah ditentukan dalam hukum fiqh apabila mereka hendak melakukan solat dan ibadah-ibadah tertentu lainnya; seperti Haji, mendatangi masjid atau ketika berada dikhalayak ramai; di luar rumah, di ruangan campuran lelaki - wanita bukan muhrim, bahkan ketika dihadapan kanak-kanak memiliki hukum dan adab tersendiri yang sudah dibahaskan dalam kitab-kitab fiqh para fuqaha - ulama mujtahid; Hukum hijab ketika mendirikan solat bagi wanita adalah seluruh tubuhnya, hatta kepala dan rambutnya, tetapi tidak perlu menutup hujung jari-jari tangan hingga ke pergelangan tangan, demikian juga jari-jari kaki hingga ke buku lali (jika tidak ada lelaki bukan muhrim yang boleh melihatnya - ada perbezaan pandangan fuqaha dalam bab menutup bahagian kaki bagi wanita ketika solat), dan juga kebulatan muka setakat yang dibasuh dalam wuduk adalah tidak wajib untuk menutupnya.

Hukum hijab dan pakaian menurut Islam

captcha