IQNA

Memohon pertolongan Allah dalam mengerjakan amal soleh

11:28 - April 19, 2023
Berita ID: 3102474
TEHRAN (IQNA) - Dalam melakukan apa jua pekerjaan terutama amal soleh, kejayaan pasti diperoleh dari Allah untuk setiap hamba, sebaik-baik kejayaan di hari-hari terakhir Ramadhan ialah mendapat pertolongan Allah untuk melakukan apa yang diperintahkan.

Hari dan malam terakhir Ramadhan menjelang tiba. Kita sedang bersiap sedia untuk menyambut hari raya, dan inilah masanya untuk mencapai tahap keimanan dan kepastian untuk sempurnakan kewajipan dan memohon pertolongan kepada Allah dalam melakukan perkara-perkara mustahab atau sunnah agar menjadi lebih suci, lebih taat, dan lebih dicintai.

Dalam doa hari ke-28 Ramadhan, kita memohon kepada Allah:

بسم الله الرحمن الرحیم؛ اللهمّ وفّر حظّی فیهِ من النّوافِلِ واکْرِمْنی فیهِ بإحْضارِ المَسائِلِ وقَرّبِ فیهِ وسیلتی الیکَ من بینِ الوسائل یا من لا یَشْغَلُهُ الحاحُ المُلِحّین

“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang; Ya Allah, berilah aku keberuntungan yang melimpah dengan perkara-perkara dan amalan mustahab dan muliakan aku di dalamnya dengan kehadiran perkara dan amalan itu, dan dekatkan aku kepada-Mu dengan caraku itu diantara cara yang ada, wahai yang tidak disibukkan oleh kegigihan orang-orang yang mendesak."

Manfaat amalan mustahab
Mana-mana perbuatan baik dan anjuran yang tidak wajib dan lebih tinggi daripada kewajipan, dipanggil; «نافله» "Nafilah" atau mustahab - مستجب - amalan-amalan yang dicintai Allah tetapi tidak diwajibkannya atas hamba-hambaNya, hanya suka rela dibuat oleh hambaNya, dan juga dikenal dengan istilah "amalan sunnah".

Faedah yang diperolehi seseorang daripada melakukan amalan mustahab dan sebagai jadual amalan tambahan atau penyempurna dan mengekalkan lebih banyak pahala amalan yang wajib.

Apabila seseorang melakukan lebih daripada jumlah amal kewajipan, amalan yang tidak wajib tetapi baik untuk dilakukan, ini menunjukkan minat dan ketertarikannya kepada ketaatan dan amal soleh, sedemikian rupa sehingga di luar kewajipan syariah, ia mengerjakannya dengan cinta kepada yang benar mendorongnya untuk bertindak, tentu ini jadi simpanan yang bagus baginya di sisi Allah.

Menjawab permintaan
Salah satu sifat Tuhan Yang Maha Esa ialah Qaadiul-Haajaat ( قَاضِی الْحَاجَات) - penyelesai hajat dan keperluan hamba-hambaNya - dan berkeperluan adalah salah satu sifat manusia.

Rahmat dan anugerah Tuhan Yang Maha Esa adalah untuk memenuhi keperluan manusia. Orang yang pergi untuk meminta apa yang diperlukannya kepada Dia yang sempurna kemampuanNya untuk memberi siapa sahaja yang memerlukan, hendaklah mengetahui bahawa hanya Tuhan yang ada di alam ini yang sama sekali tidak memerlukan dan hanya Allah yang berkemampuan sempurna untuk memenuhi segala keperluan setiap orang yang memerlukan - hanya Tuhan, pencipta makhluk yang mampu memenuhi keperluan makhluknya.

Cara terbaik dan terdekat
Al-Quran juga berkata kepada orang-orang yang beriman:

یَاأیُّهَا الّذِینَ امَنُوا اتَّقُوا اللهَ وَابْتَغُوا إِلَیهِ الْوَسِیلَةَ وَ جَاهَدُوا فِی سَبِیلِهِ لَعَلَّکُمْ تُفْلِحُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan menujuNya dan berjihadlah pada jalanNya supaya kamu mendapat keberuntungan" (Qs, Al-Maaiah: 5: 35)

Dalam ayat ini, orang-orang mukmin diminta melakukan tiga perkara untuk mencapai keselamatan dan kesejahteraan:
1. Jadikan ketaqwaan kepada Allah sebagai pengakuan dan identiti diri.
2. Pilih cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.
3. Berusaha di jalan Allah.

*Yang dimaksud: الْوَسِیلَةَ "al-wasilah" adalah segala sarana yang mendekatkan seseorang kepada Tuhan, dan seorang mukmin harus mencarinya. Dalam hadis-hadis, terdapat banyak contoh الْوَسِیلَةَ: Ketaatan terhdap perintah Allah SWT adalah satu cara atau wasilah untuk mendekatkan diri hamba kepada Allah SWT: Membaca Al-Quran, melaungkan selawat dan berzikir, berinfaq, mencintai keluarga Nabi Muhammad SAW, mentaati pemimpin dan nasihat kepimpinan para pemimpin yang Allah SWT tetapkan juga dianggap sebagai contoh-contoh الْوَسِیلَةَ, yang Allah SWT juga perintahkan kita untuk berusaha mencari wasilah, lalu menggunakan dan mengamalkannya untuk mendekatkan diri kita kepada Allah SWT, oleh itu niat setiap kerja, amal ibadah kepada Allah SWT berdasarkan aturan syariah Islam yang sudah disimpulkan oleh ulama marjak dari kandungan sumber-sumber asli hukum Islam (Al-Quran dan Hadis) sebagai hasil ijtihad mereka menyatakan dalam fatwa-fatwa ulama yang mulia tersebut bahawa niat dalam setiap amal sebagai ibadah kepada Allah SWT adalah; "Qurbatan ilallah" قربتا الی الله - "mendekatkan diri kepada Allah SWT", tampa niat ini segala amalan kita tidak dianggap amal ibadah, tentu amal bukan ibadah dengan sendirinya batal - tertolak dan hampa disisi Allah SWT.

**Diambil dari kitab; "Bisikan Orang Berpuasa - «نجوای روزه‌داران» -" Najwoi ruzedoron, berbahasa Farsi - karangan Hujjatul Islam Ruhullah Bidrom (روح‌ الله بیدرام).

3970738

captcha